Meta

widget

Thursday, 3 January 2013

all the best!

Assalamualaikum semua...

lama rasanya tidak menulis disini,maaf ya.  =)

apa khabar ahli2 n sahabat2 persda semuanya?hopefully semuanya sihat sahaja.

pejam celik,pejam celik,kita sudah pon berada di tahun baru, 2013 dan semestinya masing2 dengan azam n smangat yang baru kn?rasanya ahli2 persada mesti mempunyai target tersendiri untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.semoga semuanya baik2 sahaja,ameen.







bersempena minggu exam yang sedang berlangsung, rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli2 dan sahabat2 IIUM PERSADA. semoga kalian bersemangat dan bersungguh-sungguh demi mengejar cita2 masing2.insyaAllah, "siapa yang menanam, dia yang mendapat hasilnya " ameen


INGAT!

jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga tingkah laku dan yg paling PENTING ---> jaga solat

*bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan ulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.   (^^,)






Tuesday, 13 November 2012

~IIUM PERSADA Mass Gathering & Sports Day 2012~

Alhamdulillah,pada 11 November 2012,IIUM PERSADA telah berjaya mengadakan program yang kedua pada semester ini setelah tarikh ditunda. Program ini telah diadakan di Kuliyyah of Economics & Management Science dan dihadiri oleh sebilangan ahli PERSADA. Terima kasih kepada peserta-peserta yang sudi meluangkan masa dan tidak jemu megikuti program yang dianjurkan oleh IIUM PERSADA seperti ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada para committee yg bertungkus lumus memastikan program tersebut berjalan lancar. Diharap ukhuwah yg dibina ini berkekalan selamanya. Ameen, InsyaAllah...  (^^,)


Hari-hari makan roti,
   makan roti di kedai Pak Ali,
   IIUM PERSADA tetap dihati,
        semoga kita berjumpa lagi.   :))



Saturday, 27 October 2012

Salam Aidiladha 2012


Tanpa ketaatan, tiada pengorbanan;
Tanpa pengorbanan, tiada perjuangan;
Tanpa perjuangan, tiada ujian;
Tanpa ujian, tiada kenikmatan.
Salam Eidul Adha 1433H/2012M

####

Assalamualaikum W.B.T.
Dikesempatan ini, Sekretariat Permuafakatan Siswa-siswi FELDA (PERSADA) UIAM @ IIUM PERSADA ingin megucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda semua berada. Semoga segala pengorbanan kita selama ini dalam apa jua perkara samada pengorbanan dalam menuntut ilmu, pekerjaan dan sebagainya sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Ameen..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilham.

Thursday, 27 September 2012

KEMUDA & Kursus Induksi Persada Siri ke-2


Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Persada IPTA zon B (IIUM PERSADA, PERSADA UM, PERSADA UITM, PERSADA UKM, PERSADA UPSI, PERSADA UPNM), termasuk wakil peserta dan pengiring dari IIUM PERSADA telah selesai menghadiri Kursus Induksi Persada Siri ke-2 yang berlangsung di Hotel Empress, Sepang pada 22-23 September 2012 yang lalu. Tidak lupa juga kpd PERSADA USM yang turut serta dalam program tersebut. Semoga program yang diadakan ini dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli IIUM PERSADA serta rakan-rakan Persada IPTA keseluruhannya.. InsyaAllah....





























Thursday, 20 September 2012

MAYA PERSADA 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

20 Persada IPTA seluruh negara telah menyertai Program Maya Persada 2012 & Perjumpaan Khas Persada bersama Dato' Hj. Shahlan Ismail (Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri , merangkap penasihat PERSADA) yang berlangsung pada 15-16 September 2012. Program ini telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak & Hotel Vistana, Kuala Lumpur dan diwakili oleh 7 orang wakil daripada setiap universiti di Malaysia. Pelbagai perkongsian menarik telah dikongsi bersama dan memberi manfaat bagi setiap ahli. Program ini secara tidak langsung memberi idea baru kepada setiap ahli yang hadir untuk dikongsi bersam ahli PERSADA yang lain. Semoga kita berjumpa lagi...  :)











Friday, 14 September 2012

Merdeka Raya 1 Malaysia 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,majlis 'Merdeka Raya' telah berjaya dijalankan dengan sempurna pada malam 14 September 2012 dengan kerjasama IIUM PERSADA dan SERANTA FELDA. Majlis ini telah diadakan di Coliseum Kulliyyah of Engineering, IIUM dan dirasmikan oleh Dr. Irmo Hizam Ibrahim dengan jayanya. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar IIUM), Datuk Dr. Mizan Hitam. Ribuan terima kasih juga kepada semua committee yang bertungkus-lumus menjalankan dan memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis Merdeka Raya ini. Semoga lebih ramai ahli IIUM PERSADA yang akan hadir untuk menyertai program yang akan datang. InsyaAllah.  :)

Dr Mizan beramah mesra bersama president IIUM PERSADA dan mantan president


Dr Mizan bersam ahli-ahli IIUM PERSADA


Ketibaan tetamu kehormat, Dr. Irmo Hizam dan pegawai-pegawai dari SERANTA FELDA.


Tetamu-tetamu kehormat yang hadir


Antara ahli-ahli yang menyerikan majlis

Nyanyian Lagu Rasmi IIUM dan Lagu Semai Bakti FELDA


Dr. Irmo Hizam sedang menyampaikan ucapan





antara menu yang ada :)





tetamu menjamu selera sambil berbual







Tuesday, 11 September 2012

MERDEKA RAYA 2012

Assalamualaikum...

Selamat datang kepada ahli-ahli baru PERSADA dan selamat kembali belajar kepada ahli-ahli IIUM PERSADA.Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat kita gunakan sebaiknya,ameen.     

Ahlan wasahlan.  :)

'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin'. Semoga syawal kali ini menyerikan lagi hidup kita sebagai umat Islam dan mendapat rahmat daripada-Nya.InsyaAllah.

Dengan berbesar hatinya kami ingin menjemput semua ahli IIUM PERSADA untuk ke majlis "MERDEKA RAYA" yang akan berlangsung seperti di bawah. Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis ini.Marilah datang beramai-ramai,pelbagai makanan dan hadiah yang menarik menanti anda!   =)