Meta

widget

Wednesday 18 July 2012

~Salam Ramadhan~

Assalamualaikum... hye2!

Lme x update blog ni kn,hehe.maap sgt ye kwn2 sume.skang da bulan syaaban, lg 2 3 hri lg kte nk smbut bln ramadhan kn. so?kwn2 da ready lom nk puase nih?di sini sy nk share cket tazkirah mengenai bulan ramadhan n antara persediaannya.semoge dpt memberi peringatan khususnye kpd ahli2 IIUM Persada.

Selamat membaca dan selamat beramal..!  (6_6)

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan dan waktu yg merupakan khusus utk umat Islam melakukan Ibadah puasa dgn menuruti perintah Allah yg menyebut: 

"Wahai org2 yg beriman, diwajibkan ke atas kamu utk berpuasa sebagaimana yg telah dtetapkan kpd org2 sblum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi org yg bertaqwa" (Al-Baqarah:183)

"Bulan Ramadhan yg pada bulan itu telah kami turunkan Al-Quran utk memberi petunjuk kpd manusia dan memberi penerangan dari hidayah serta pembeza hak dan kebatilan"

"Barangsiapa yg menghadapi bulan Ramadhan, maka hendaklah dirinya berpuasa" (Al-Baqarah:185)

Sesungguhnya Ramadhan merupakan bulan mulia yg menjadi salah satu dri waktu tertegaknya rukun Islam yg lima iaitu berpuasanya umat Islam pd bulan ini sbg menunaikan kewajipan mereka kpd Allah yg Maha Esa.

Antara amalan yg boleh dimulakan seawal mungkin ialah membaca Al-Quran. Anas bin Malik sahabat Nabi (SAW) berkata : Apabila msuk bulan syaaban, umat Islam pd ketika itu menumpukan sepenuh perhatian membaca Al-Quran. berkata seorang ahli Salaf, bulan syaaban adalah bulan pembaca2 al-Quran. sesiapa yg istiqamah dan dpt memelihara amalan membaca al-Quran sblm Ramadhan nescaya dia dpt memeliharanya sehingga bulan Ramadhan. 

Pernah diceritakan, seorg muslim yg sudah lama meninggalkan bacaan al-Quran merasa terlalu berat dan malas utk membaca w'pon baru membaca beberapa potong ayat. Maka dinasihatkan agar terus-menerus membaca al-Quran. Apabila dia telah membaca sekitar 2/3 al-Quran, perasaan malas dan berat itu hilang sebaliknya dia semakin minat utk memperbykkn bacaan al-Quran. Keadaan inilah yg biasa berlaku kpd mereka yg jarang dan lalai membacanya. Oleh yg demikian, sy meminta ahli2 Persada supaya selalu membaca al-Quran di bulan syaaban ini. Ia mampu menjernihkan hati sehingga dipenuhi cahaya dan memudahkan jiwa utk tunduk melaksanakan ibadah di dlm bulan Ramadhan yg tggl beberapa hari lg. Bg yg sememangnya salalu membaca al-Quran, teruskanlah krn ia memberi persediaan kpd diri kita sendiri.

Terlalu byk persediaan yg patut kita lakukan menjelang Ramadhan. Antaranya yg lain ialah: 

*Persediaan ilmu agama
Ramai org diluar sana yg berpuasa tanpa ilmu di dada dan sy harap ahli2 Persada kita nih tdk begitu ye krn kita sendiri berada di IIUM yg t'knl dgn 'islamic knowledge'nye,hehe. Dikhuatiri ibadah yg kita harapkan mendpt pahala sebaliknya tidak diterima malahan mendapat dosa. Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama sama ada dgn cara membaca buku, m'hadiri kuliah2 agama atau melayari internet.

*Persediaan kesihatan
Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan kita. Kesihatan yg sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa yg akn kita lalui. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan krn pd bulan puasalah tubuh kita dikerah bekerja kuat melaksanakan solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran dan sebagainya. Kita perlu menjaga pemakanan yg seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yg mendatangkan penyakit.


*Persediaan dari sudut kewangan
Antara amalan yg mulia dlm bulan Ramdhan ialah bersedekah. Rasulullah (SAW) merupakan seorang yg paling dermawan dan Baginda lebih dermawan di dlm bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a:

 "Rasulullah (SAW) ialah org yg paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat Baginda bertemu Jibril. Jibril menemui Baginda setiap malam utk mengajarkan al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah (SAW) melebihi angin yg berhembus" (hadith riwayat Bukhari)

Mereka yg jarang2 bersedekah dikhuatiri tidak memanfaatkan peluang memperbanyakan sedekah pd bulan Ramadhan.Sebagai persediaan, kita disarankan agr mula berjinak-jinak dgn amalan bersedekah. Mungkin ia boleh dimulakan dgn jumlah yg kecil atau menderma di tabung2 masjid dan surau. Mudah-mudahan sifat kikir dan bakhil itu dpt dibuang secara beransur-ansur.

* Memperbanyak mnyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan
Di antara persiapan lain yg perlu ada ialah selalu bercerita tntg kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kpd kita utk membuat persediaan bertemu Ramadhan.Jika kita selalu memberi peringatan dan menyebut mengenai bulan Ramadhan,ia menjadi lebih meriah dan suasananya dpt kita rasai kerana kemuliaan dan ganjarannya memang layak diterima.