Meta

widget

Thursday 27 September 2012

KEMUDA & Kursus Induksi Persada Siri ke-2


Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Persada IPTA zon B (IIUM PERSADA, PERSADA UM, PERSADA UITM, PERSADA UKM, PERSADA UPSI, PERSADA UPNM), termasuk wakil peserta dan pengiring dari IIUM PERSADA telah selesai menghadiri Kursus Induksi Persada Siri ke-2 yang berlangsung di Hotel Empress, Sepang pada 22-23 September 2012 yang lalu. Tidak lupa juga kpd PERSADA USM yang turut serta dalam program tersebut. Semoga program yang diadakan ini dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli IIUM PERSADA serta rakan-rakan Persada IPTA keseluruhannya.. InsyaAllah....





























Thursday 20 September 2012

MAYA PERSADA 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

20 Persada IPTA seluruh negara telah menyertai Program Maya Persada 2012 & Perjumpaan Khas Persada bersama Dato' Hj. Shahlan Ismail (Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri , merangkap penasihat PERSADA) yang berlangsung pada 15-16 September 2012. Program ini telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak & Hotel Vistana, Kuala Lumpur dan diwakili oleh 7 orang wakil daripada setiap universiti di Malaysia. Pelbagai perkongsian menarik telah dikongsi bersama dan memberi manfaat bagi setiap ahli. Program ini secara tidak langsung memberi idea baru kepada setiap ahli yang hadir untuk dikongsi bersam ahli PERSADA yang lain. Semoga kita berjumpa lagi...  :)











Friday 14 September 2012

Merdeka Raya 1 Malaysia 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,majlis 'Merdeka Raya' telah berjaya dijalankan dengan sempurna pada malam 14 September 2012 dengan kerjasama IIUM PERSADA dan SERANTA FELDA. Majlis ini telah diadakan di Coliseum Kulliyyah of Engineering, IIUM dan dirasmikan oleh Dr. Irmo Hizam Ibrahim dengan jayanya. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar IIUM), Datuk Dr. Mizan Hitam. Ribuan terima kasih juga kepada semua committee yang bertungkus-lumus menjalankan dan memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis Merdeka Raya ini. Semoga lebih ramai ahli IIUM PERSADA yang akan hadir untuk menyertai program yang akan datang. InsyaAllah.  :)

Dr Mizan beramah mesra bersama president IIUM PERSADA dan mantan president


Dr Mizan bersam ahli-ahli IIUM PERSADA


Ketibaan tetamu kehormat, Dr. Irmo Hizam dan pegawai-pegawai dari SERANTA FELDA.


Tetamu-tetamu kehormat yang hadir


Antara ahli-ahli yang menyerikan majlis

Nyanyian Lagu Rasmi IIUM dan Lagu Semai Bakti FELDA


Dr. Irmo Hizam sedang menyampaikan ucapan





antara menu yang ada :)





tetamu menjamu selera sambil berbual







Tuesday 11 September 2012

MERDEKA RAYA 2012

Assalamualaikum...

Selamat datang kepada ahli-ahli baru PERSADA dan selamat kembali belajar kepada ahli-ahli IIUM PERSADA.Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat kita gunakan sebaiknya,ameen.     

Ahlan wasahlan.  :)

'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin'. Semoga syawal kali ini menyerikan lagi hidup kita sebagai umat Islam dan mendapat rahmat daripada-Nya.InsyaAllah.

Dengan berbesar hatinya kami ingin menjemput semua ahli IIUM PERSADA untuk ke majlis "MERDEKA RAYA" yang akan berlangsung seperti di bawah. Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis ini.Marilah datang beramai-ramai,pelbagai makanan dan hadiah yang menarik menanti anda!   =)