Meta

widget

Wednesday 20 February 2013

Warga Felda bersama Tun

Assalamualaikum..

Pada hari isnin,18 Februari 2013 yang lalu, IIUM PERSDA telah menghantar beberapa wakil untuk menghadiri majlis bersama negarawan ulung iaitu Tun Mahathir Mohammad. Majlis ini telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur dan kehadiran warga Felda yg memenuhi dewan telah memeriahkan lagi majlis ini. Pada ucapan Tun Mahathir, beliau menegaskan bahawa usaha kerajaan menubuhkan Felda pada tahun lalu telah membuahkan hasil. Ini dapat dilihat apabila peneroka Felda yg asalnya penganggur telah menjadi peneroka dan hari ini sudah mampu untuk menjadi majikan bagi membayar gaji pekerja di ladang-ladang mereka.

Jelas beliau, langkah kerajaan menubuhkan Felda merupakan satu langkah yg berjaya kerana dapat mengurangkan isu pengangguran di kalangan masyarakat Malaysia. Tun Mahathir juga berkata kini, rakyat Malaysia khususnya warga Felda haruslah berbangga dan bersyukur dengan kejayaan yg dikecapi oleh Felda.

Di sini ada beberapa gambar yg ingin dikongsi.