Meta

widget

Wednesday 13 March 2013

~Lahad Datu~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malaysia kini digemparkan dengan isu pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh daripada waris Sultan Sulu.Pencerobohan yg dianggarkan lebih 100 orang telah mendarat di pantai Lahad Datu dengan menggunakan bot dan bersenjata. Hal inin berlaku disebabkan mereka mahu menuntut Sabah yg didakwa dipajak kepada Malaysia. Mereka mendakwa Sabah adalah kampung halaman mereka sendiri dan mahu tinggal di sana secara aman.  Pelbagai usaha telah dibuat oleh pasukan keselamatan negara bagi menyelesaikan insiden dengan segera.  Pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh sejak Februari yg lalu mengakibatkan beberapa org terkorban.

Keadaan di bandar Lahad Datu kini kembali normal dan agak tenang.Aktiviti harian berjalan seperti biasa dan penduduk setempat berasa lebih yakin dengan kawalan ketat yang dilakukan pihak berkuasa. Semoga Sabah akan kembali aman dan tenang tanpa ada pencerobohan yang berlaku di sana mahupun di Malaysia amnya.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada perwira-perwira negara yang terkorban demi menjaga keamanan dan keselamatan di Sabah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan para syuhadah,
Al-Fatihah.

#Pemergian perwira-perwira negara ini akan tetap dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.
Jasamu, baktimu dan pengorbananmu akan teguh disanubari rakan seperjuangan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara
















No comments: