Meta

widget

Monday 15 April 2013

Annual Grand Meeting IIUM PERSADA

Assalamualaikum....


Awal pagi mencari rezeki,
Burung berkicauan memecah kesunyian,
Annual grand meeting memang dinanti,
Kepada ahli PERSADA yang berperanan    :)


Masa pantas berlalu, bulan silih berganti. Maka, pada awal April yang indah, AGM IIUM PERSADA kali ke-3, sesi 2012/2013 telah diadakan. Walaupun pada awal April ini, pelajar uia sibuk dengan midterm, exam, quiz dan tugasan yg perlu disiapkan,AGM kali ini telah berjaya diadakan. Alhamdulillah, dengan berkat kesungguhan setiap committee yg sangat memberi komitmen mereka, majlis ini diadakan dengan jayanya.


Pada 5 April 2013 yang lalu iaitu pada malam Jumaat yg indah, AGM IIUM PERSADA telah dirasmikan oleh Pegawai Koordinasi IIUM,Encik Mohd Zulfadli Ahmad Fathilah. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi dan wakil PERSADA daripada beberapa universiti serta wakil daripada SERANTA.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ayat suci al-Quran dan nyanyian lagu Negaraku, IIUM dan Semai Bakti. 


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk :
->mengkaji semula keseluruhan program sepanjang tempoh tenure 2011/2012
->memperkenalkan tenure baru bagi tempoh 2012/2013
->beramah mesra dengan ahli-ahli PERSADA


Majlis berakhir dengan acara penyampaian cenderahati dan diserikan lagi dengan sesi fotografi. 
Semoga tenure baru yang dilantik dapat menjalankan tugas dan amanah dengan lebih cemerlang pada masa akan datang. Diharap program-program PERSADA akan giat dijalankan dengan tenure 2012/2013 ini.



kehadiran ahli PERSADA UPNM




Antara ahli yg hadir

=)








ucapan daripada Encik Mohd Zulfadli

mantan presiden memberi ucapan



sesi fotografi  :)





ahli PERSADA 5 universiti  

Presiden PERSADA (UPNM,UPM,UTM & IIUM)




No comments: