Meta

widget

Tuesday 30 April 2013

PRU 13

Assalamu'alaikum w.b.t.

Anak kecil main tarik tali,
Kepada warga PERSADA selamat balik mengundi!

Pejam celik, dah lima tahun berlalu dan masa untuk rakyat menjalankan tanggungjawab mengundi kembali lagi. Pasti ramai di kalangan ahli PERSADA akan mengundi buat pertama kalinya. Namun pasti ada juga yang terlupa untuk mendaftar sebagai pengundi lalu terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk PRU seterusnya. Tak kisahlah apa pun kisahnya, cuma diharapkan setiap pengundi dapat membuat pilihan bijak kerana anda bakal menentukan pemimpin negara yang bakal membawa negara ke tahap yang lebih baik.

Saya percaya ada dikalangan ahli PERSADA yang menyokong parti-parti tertentu. Tidak kisahlah kita penyokong parti apa pun, diharapkan kita sama-sama dapat menjaga akhlak dalam berkempen untuk parti yang disokong. Penggunaan bahasa kesat sangatlah WAJIB dielakkan dari digunakan. Jangan pula sampai bermasam muka dengan kawan-kawan yang tidak sependapat dengan kita. Nabi pun tidak suka sikap yang demikian. Kita sepatutnya meraikan perbezaan dengan cara yang betul, bukan melalui sikap yang salah lagi dibenci.

Di sini, ingin dikongsikan bersama untuk tatapan semua pengunjung blog IIUM PERSADA video dari Vlogger terkenal, Mat Luthfi tentang pemilihan pemimpin sempena PRU..



Sahabat pasti sudah cukup matang untuk berfikir tentang hal ini, dan pasti dapat membuat keputusan yang terbaik. Apa pun, selamat mengundi!!






No comments: