Meta

widget

Tuesday 30 April 2013

PRU 13

Assalamu'alaikum w.b.t.

Anak kecil main tarik tali,
Kepada warga PERSADA selamat balik mengundi!

Pejam celik, dah lima tahun berlalu dan masa untuk rakyat menjalankan tanggungjawab mengundi kembali lagi. Pasti ramai di kalangan ahli PERSADA akan mengundi buat pertama kalinya. Namun pasti ada juga yang terlupa untuk mendaftar sebagai pengundi lalu terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk PRU seterusnya. Tak kisahlah apa pun kisahnya, cuma diharapkan setiap pengundi dapat membuat pilihan bijak kerana anda bakal menentukan pemimpin negara yang bakal membawa negara ke tahap yang lebih baik.

Saya percaya ada dikalangan ahli PERSADA yang menyokong parti-parti tertentu. Tidak kisahlah kita penyokong parti apa pun, diharapkan kita sama-sama dapat menjaga akhlak dalam berkempen untuk parti yang disokong. Penggunaan bahasa kesat sangatlah WAJIB dielakkan dari digunakan. Jangan pula sampai bermasam muka dengan kawan-kawan yang tidak sependapat dengan kita. Nabi pun tidak suka sikap yang demikian. Kita sepatutnya meraikan perbezaan dengan cara yang betul, bukan melalui sikap yang salah lagi dibenci.

Di sini, ingin dikongsikan bersama untuk tatapan semua pengunjung blog IIUM PERSADA video dari Vlogger terkenal, Mat Luthfi tentang pemilihan pemimpin sempena PRU..



Sahabat pasti sudah cukup matang untuk berfikir tentang hal ini, dan pasti dapat membuat keputusan yang terbaik. Apa pun, selamat mengundi!!






Monday 15 April 2013

Annual Grand Meeting IIUM PERSADA

Assalamualaikum....


Awal pagi mencari rezeki,
Burung berkicauan memecah kesunyian,
Annual grand meeting memang dinanti,
Kepada ahli PERSADA yang berperanan    :)


Masa pantas berlalu, bulan silih berganti. Maka, pada awal April yang indah, AGM IIUM PERSADA kali ke-3, sesi 2012/2013 telah diadakan. Walaupun pada awal April ini, pelajar uia sibuk dengan midterm, exam, quiz dan tugasan yg perlu disiapkan,AGM kali ini telah berjaya diadakan. Alhamdulillah, dengan berkat kesungguhan setiap committee yg sangat memberi komitmen mereka, majlis ini diadakan dengan jayanya.


Pada 5 April 2013 yang lalu iaitu pada malam Jumaat yg indah, AGM IIUM PERSADA telah dirasmikan oleh Pegawai Koordinasi IIUM,Encik Mohd Zulfadli Ahmad Fathilah. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi dan wakil PERSADA daripada beberapa universiti serta wakil daripada SERANTA.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ayat suci al-Quran dan nyanyian lagu Negaraku, IIUM dan Semai Bakti. 


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk :
->mengkaji semula keseluruhan program sepanjang tempoh tenure 2011/2012
->memperkenalkan tenure baru bagi tempoh 2012/2013
->beramah mesra dengan ahli-ahli PERSADA


Majlis berakhir dengan acara penyampaian cenderahati dan diserikan lagi dengan sesi fotografi. 
Semoga tenure baru yang dilantik dapat menjalankan tugas dan amanah dengan lebih cemerlang pada masa akan datang. Diharap program-program PERSADA akan giat dijalankan dengan tenure 2012/2013 ini.



kehadiran ahli PERSADA UPNM




Antara ahli yg hadir

=)








ucapan daripada Encik Mohd Zulfadli

mantan presiden memberi ucapan



sesi fotografi  :)





ahli PERSADA 5 universiti  

Presiden PERSADA (UPNM,UPM,UTM & IIUM)




Wednesday 13 March 2013

~Lahad Datu~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malaysia kini digemparkan dengan isu pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh daripada waris Sultan Sulu.Pencerobohan yg dianggarkan lebih 100 orang telah mendarat di pantai Lahad Datu dengan menggunakan bot dan bersenjata. Hal inin berlaku disebabkan mereka mahu menuntut Sabah yg didakwa dipajak kepada Malaysia. Mereka mendakwa Sabah adalah kampung halaman mereka sendiri dan mahu tinggal di sana secara aman.  Pelbagai usaha telah dibuat oleh pasukan keselamatan negara bagi menyelesaikan insiden dengan segera.  Pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh sejak Februari yg lalu mengakibatkan beberapa org terkorban.

Keadaan di bandar Lahad Datu kini kembali normal dan agak tenang.Aktiviti harian berjalan seperti biasa dan penduduk setempat berasa lebih yakin dengan kawalan ketat yang dilakukan pihak berkuasa. Semoga Sabah akan kembali aman dan tenang tanpa ada pencerobohan yang berlaku di sana mahupun di Malaysia amnya.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada perwira-perwira negara yang terkorban demi menjaga keamanan dan keselamatan di Sabah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan para syuhadah,
Al-Fatihah.

#Pemergian perwira-perwira negara ini akan tetap dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.
Jasamu, baktimu dan pengorbananmu akan teguh disanubari rakan seperjuangan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara
















Friday 1 March 2013

Mahabbah Night (Iium Persada Gombak & Kuantan)

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah pada 16 Februari 2013, iaitu pada hari Sabtu yang lalu, IIUM PERSADA telah mengorak langkah dengan membuka cawangan baru di kampus Kuantan.Ini adalah untuk menjaga kebajikan dan kepentingan warga PERSADA di kampus kuantan disamping merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli PERSADA yang menuntut di kampus Gombak & Kuantan. Setelah disepakati, Memorandum of Understanding (MOU) telah ditandatangani antara pengerusi IIUM PERSADA iaitu saudara Muhammad Ridhwan Azman dan wakil daripada IIUM PERSADA kampus Kuantan.Semoga kerjasam antara IIUM PERSADA kampus Gombak & Kuantan akan terjalin dengan eratnya pada masa akan datang. Dengan adanya cawangan baru dan pertambahan ahli baru di kampus Kuantan ini, IIUM PERSADA akan mengorak langkah untuk terus maju dan setanding universiti-universiti lain. InsyaAllah....Di sini ade beberapa gambar dan yang selebihnya boleh dilihat di fb iium persada  =)



antara mahasiswa yg hadir

sukanya mereka mendengar ucapan daripada pengerusi  ;)





inilah pengerusi iium persada


menunggu untuk menandatangan

MOU



sesi tandatangan

dan akhirnya kedua-dua telah sepakat

antara ahli-ahli yang hadir

cheeeesee  :D

Wednesday 20 February 2013

Warga Felda bersama Tun

Assalamualaikum..

Pada hari isnin,18 Februari 2013 yang lalu, IIUM PERSDA telah menghantar beberapa wakil untuk menghadiri majlis bersama negarawan ulung iaitu Tun Mahathir Mohammad. Majlis ini telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur dan kehadiran warga Felda yg memenuhi dewan telah memeriahkan lagi majlis ini. Pada ucapan Tun Mahathir, beliau menegaskan bahawa usaha kerajaan menubuhkan Felda pada tahun lalu telah membuahkan hasil. Ini dapat dilihat apabila peneroka Felda yg asalnya penganggur telah menjadi peneroka dan hari ini sudah mampu untuk menjadi majikan bagi membayar gaji pekerja di ladang-ladang mereka.

Jelas beliau, langkah kerajaan menubuhkan Felda merupakan satu langkah yg berjaya kerana dapat mengurangkan isu pengangguran di kalangan masyarakat Malaysia. Tun Mahathir juga berkata kini, rakyat Malaysia khususnya warga Felda haruslah berbangga dan bersyukur dengan kejayaan yg dikecapi oleh Felda.

Di sini ada beberapa gambar yg ingin dikongsi.






























Thursday 3 January 2013

all the best!

Assalamualaikum semua...

lama rasanya tidak menulis disini,maaf ya.  =)

apa khabar ahli2 n sahabat2 persda semuanya?hopefully semuanya sihat sahaja.

pejam celik,pejam celik,kita sudah pon berada di tahun baru, 2013 dan semestinya masing2 dengan azam n smangat yang baru kn?rasanya ahli2 persada mesti mempunyai target tersendiri untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.semoga semuanya baik2 sahaja,ameen.







bersempena minggu exam yang sedang berlangsung, rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli2 dan sahabat2 IIUM PERSADA. semoga kalian bersemangat dan bersungguh-sungguh demi mengejar cita2 masing2.insyaAllah, "siapa yang menanam, dia yang mendapat hasilnya " ameen


INGAT!

jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga tingkah laku dan yg paling PENTING ---> jaga solat

*bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan ulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.   (^^,)






Tuesday 13 November 2012

~IIUM PERSADA Mass Gathering & Sports Day 2012~

Alhamdulillah,pada 11 November 2012,IIUM PERSADA telah berjaya mengadakan program yang kedua pada semester ini setelah tarikh ditunda. Program ini telah diadakan di Kuliyyah of Economics & Management Science dan dihadiri oleh sebilangan ahli PERSADA. Terima kasih kepada peserta-peserta yang sudi meluangkan masa dan tidak jemu megikuti program yang dianjurkan oleh IIUM PERSADA seperti ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada para committee yg bertungkus lumus memastikan program tersebut berjalan lancar. Diharap ukhuwah yg dibina ini berkekalan selamanya. Ameen, InsyaAllah...  (^^,)


Hari-hari makan roti,
   makan roti di kedai Pak Ali,
   IIUM PERSADA tetap dihati,
        semoga kita berjumpa lagi.   :))